
Laporan/foto: Mohd Ariff Ishak (Selangor)
SHAH ALAM, 20 Mei (MalaysiaAktif) – Kerajaan Negeri Selangor terus menunjukkan komitmennya menjaga kebajikan rakyat apabila memperuntukkan sebanyak RM6 juta bagi menjayakan Program Sumbangan Korban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha yang akan diraikan pada Jun ini.

Antara yang hadir di Majlis Perasmian dan Penyerahan Baucar Program Sumbangan Korban Negeri Selangor di Dewan Raja Musa,
Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor Datuk Dr. Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin, berkata program ini merupakan inisiatif tahunan kerajaan negeri yang telah dilaksanakan selama tujuh tahun berturut-turut dengan penyelarasan oleh Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).
“Sebanyak 700 ekor lembu dan 1,000 ekor kambing akan diagihkan kepada penerima termasuk pengurusan tertinggi masjid dan surau serta kumpulan komuniti tempatan di seluruh negeri.
“Program ini juga bertujuan memastikan daging korban sampai kepada golongan yang memerlukan serta memperkukuh semangat gotong-royong dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Sesi bergambar.
Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa Majlis Perasmian dan Penyerahan Baucar Program Sumbangan Korban Negeri Selangor di Dewan Raja Musa, di sini semalam.
Sumbangan ini ditaja sepenuhnya oleh anak-anak syarikat Kerajaan Negeri termasuk Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI, Permodalan Negeri Selangor Berhad, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, Kumpulan Sementa Sdn. Bhd., Kumpulan Perangsang Selangor, Worldwide Holdings Berhad, Central Spectrum Sdn. Bhd. dan KDEB Waste Management.
Program Sumbangan Korban ini bukan sahaja membantu mereka yang memerlukan, malah mengukuhkan nilai-nilai perpaduan dan prihatin dalam masyarakat Selangor menjelang Aidiladha.
-ZS-