Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

Rubiah Rasmi Penyerahan Rumah Pertama PPRS Bina Baharu di Sarawak

By 2 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto : Abdul Latip Shamsuddin (Sarawak)

SAMARAHAN, 23 Mei (MalaysiaAktif) – Timbalan Menteri Kemajuan Desa & Wilayah (KKDW) Datuk Hajah Rubiah Wang menyifatkan Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS) Sarawak menandakan komitmen berterusan KKDW untuk membasmi kemiskinan dan menaik taraf hidup penduduk luar bandar.

Tinjauan dalaman rumah PPRS oleh Rubiah, usaha kerajaan menyediakan kediaman selamat dan selesa untuk keluarga luar bandar.

“PPRS merupakan kesinambungan dan pemerkasaan kepada Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang telah diperkenalkan semula pada 1 Oktober 2024. Ia bertujuan membantu keluarga miskin dan miskin tegar luar bandar memiliki kediaman yang selamat dan selesa,” ujarnya semasa Sesi Walkabout dan Majlis Penyerahan Kunci Rumah PPRS Bina Baharu pertama di Sarawak yang diadakan di Kampung Asajaya Laut, semalam.

Tambahnya lagi, kementeriannya akan terus komited untuk meningkatkan taraf hidup dan kesejahteraan penduduk luar bandar khususnya di Sarawak.

Rubiah menjelaskan komitmen KKDW dalam memperkasakan perumahan luar bandar pada sidang media, semalam.

“Pelaksanaan program PPRS ini mencerminkan keprihatinan KKDW dalam memastikan penduduk luar bandar mendapat akses kepada perumahan berkualiti ke arah pembangunan luar bandar yang inklusif dan mampan,” katanya.

Sementara itu, salah seorang penerima rumah, Madeli Lani, 53, seorang peniaga ikan, meluahkan rasa syukur dan terima kasih kepada kerajaan, khususnya KKDW, kerana rumah beliau telah dipilih sebagai lokasi Majlis Penyerahan Kunci Rumah PPRS Bina Baharu yang pertama di negeri ini.

-RJ-

Tinggalkan komen anda