
Laporan/foto: Khairul Othman (Kuala Pilah)
KUALA PILAH, 7 Mei (MalaysiaAktif) – Rukun Negara telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 dibentuk dengan tujuan utama sebagai asas pembinaan jati diri rakyat.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pendidikan dan Modal Insan Kerajaan Negeri Sembilan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Senaling Datuk Ismail Lasim, Rukun Negara perlu dihayati dan difahami.

Ismail ketika menyampaikan ucapan.
“Rukun Negara bukan sekadar teks yang dihafal, tetapi perlu difahami dan diamalkan dalam kehidupan seharian sebagai tunjang kepada perpaduan dan kemajuan negara, sama juga pentingnya dalam kita memahami aspirasi negara melalui enanm teras rukun MADANI,” katanya.
Ismail berkata demikian ketika merasmikan Sambutan Hari Pekerja, Jururawat dan Guru CUEPACS Negeri Sembilan Tahun 2025 telah diadakan di Dewan Dato’ Bahaman Shamsudin Majlis Daerah Kuala Pilah, semalam.
Pelbagai slot menarik diisi seperti taklimat daripada Akademi Kenegaraan Malaysia, perkongsian pintar rakan strategik CUEPACS Negeri Sembilan, serta sesi interaktif bertemakan Malaysia MADANI.
Lebih 500 penjawat awam persekutuan dan negeri dari seluruh Negeri Sembilan hadir pada majlis tersebut.

Ucapan Pengerusi CUEPACS Negeri Sembilan.
Pengerusi CUEPACS Negeri Sembilan Abd Ghani Zainuddin, turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Sembilan kerana memberikan Bantuan Khas Kewangan sempena Aidilfitri sebanyak RM200 termasuk kepada penjawat awam persekutuan di Negeri Sembilan pada Mac lalu.
“Tahniah juga diucapkan kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan yang dianugerahkan Majikan Prihatin Peringkat Negeri Dan Wilayah Persekutuan CUEPACS Tahun 2025,” katanya.
-ZS-