Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Sambutan 20 Tahun Yayasan Diraja Sultan Mizan Cerminan Kasih Diraja untuk Rakyat

By 3 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Maznah Ngah/Ahmad Syafri Husnaini

KUALA TERENGGANU, 28 Mei (MalaysiaAktif) – Suasana penuh gemilang dan sarat makna menyelubungi Majlis Santapan Malam Sambutan Dua Dekad Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM), yang berlangsung di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam, bersempena ulang tahun ke-63 Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Mizan Zainal Abidin, kelmarin.

Datuk Mohd Fadzli menyampaikan ucapan sempena majlis tersebut

Majlis berprestij ini menjadi mercu tanda kepada 20 tahun perjalanan YDSM, sebuah yayasan yang lahir dari iltizam tinggi Sultan Mizan untuk memperkasa rakyat Terengganu dalam pelbagai bidang, dari pendidikan hingga ke alam sekitar.

KDYMM Sultan Terengganu berkenan melancarkan tiga buah buku sempena Dua Dekad Yayasan Diraja Sultan Mizan

“Tuanku sentiasa menunjukkan keprihatinan luar biasa terhadap kesejahteraan rakyat, menjadi inspirasi utama kepada kami di YDSM,” ujar Datuk Mohd Fadzli Yusof, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YDSM, ketika mengulas sumbangan baginda terhadap yayasan tersebut.

Tambah beliau, sebagai tanda penghargaan terhadap legasi dua dekad, tiga buah buku eksklusif telah dilancarkan iaitu Terengganu: Wajah-Wajah Kehidupan, HRH Sultan Ismail Nasiruddin Shah – Life As A Pioneer Photographer King dan Terengganu Islands and State Park, menggambarkan kekayaan budaya, sejarah serta khazanah negeri.

“Turut diperkenalkan ialah Gold Bar Edisi Khas Dua Dekad YDSM, simbol keteguhan dan nilai abadi perjuangan yayasan dalam membawa perubahan positif kepada masyarakat,” ujarnya.

Lebih daripada sekadar peringatan, majlis ini memperkukuh ikatan antara rakyat dan institusi kesultanan, bukti nyata komitmen Diraja yang berterusan dalam membangun negeri Terengganu.

-AA-

Tinggalkan komen anda