
Laporan/foto: Mohd Yusof Abd Samad (Segamat)
SEGAMAT, 29 Mei (MalaysiaAktif) – Majlis Sambutan Hari Wanita Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pemanis 2025 disambut meriah dengan semangat perpaduan disertai oleh wanita pelbagai kaum termasuk Melayu, Cina dan India.

Pertandingan mewarna ibu dan anak turut diadakan bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pemanis Anuar Abd Manap, berkata golongan wanita perlu menitik beratkan penjagaan kesihatan secara kerana peranan golongan ini dalam masyarakat sangat penting pada masa kini.

Kaunter pemeriksaan kesihatan oleh Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Daerah Segamat
“Saya menyeru agar golongan wanita menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala sebagai langkah pencegahan awal khususnya dalam menangani penyakit kanser,” katanya ketika merasmikan Sambutan Hari Wanita Peringkat DUN Pemanis Tahun 2025 di Dewan Serbaguna Pekan Jabi, di sini, semalam.
Pelbagai aktiviti menarik telah dianjurkan bagi memeriahkan majlis, antaranya pertandingan mewarna keluarga, pertandingan gubahan, pertandingan masakan berasaskan ikan baung, pertandingan musang berjanggut serta cabutan bertuah bagi pengunjung yang hadir.
Turut hadir, wakil rasmi Pengerusi PUSPANITA Daerah Segamat Norzufina Zulkifli.
-AA-