
Laporan/foto: Noor Syuhada Muhamad Yasin/Lyana Athirah Mohd Saad (Pokok Sena)
ALOR SETAR, 2 Mei (MalaysiaAktif) ā Majlis JIWA@Komuniti MADANI yang dianjurkan sebagai penutup bulan Syawal, amat meriah dengan kehadiran penduduk sekitar Alor Senibong, kelmarin.

Antara pengunjung yang hadir
Fazilah Ismail, Ketua Komuniti MADANI Bukit Pinang menyatakan bahawa sambutan ini merupakan kerjasama antara Komuniti MADANI bersama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) sekitar DUN Bukit Pinang dan berharap kerjasama ini akan berterusan di masa hadapan.
Turut hadir bersama, Datuk Wira Haji Mahfuz Omar, Pengerusi Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang yang mengingatkan orang ramai bahawa kerajaan sentiasa memberi ruang yang besar kepada rakyat untuk merebut peluang yang disediakan kerajaan.
Beliau turut mengajak orang ramai agar meningkatkan hasil pendapatan untuk kehidupan yang lebih baik pada masa hadapan.
Kamariah Sulaiman, 51, yang menghadiri program ini bersetuju bahawa program sebegini merupakan satu cara berkesan untuk menyebarkan dasar-dasar kerajaan dalam keadaan yang santai.
Beliau turut berpendapat hebahan Jenayah Penipuan dalam Talian dan SARA membantu beliau mendalamiĀ isu-isuĀ semasa.
-AA-