
Laporan/foto: Noor Syuhada Muhamad Yasin/Lyana Athirah Mohd Saad (Pokok Sena)
ALOR SETAR, 13 Mei (MalaysiaAktif) – Penduduk Kampung Seberang Alor, Hutan Kampung, di sini semalam teruja dengan kehadiran doktor dan jururawat dari Klinik Kesihatan Langgar sempena Program JIWA@Komuniti Madani Sembang Santai.

Penduduk Kampung Seberang Alor khusyuk mendengar taklimat.
Petugas-petugas klinik memberikan perkhidmatan saringan kesihatan dan juga pemeriksaan pap smear dan suntikan vaksin influenza turut diberikan secara percuma kepada warga emas yang hadir.
Taklimat Kesihatan turut diberikan oleh Dr. Mohd Hafiz tentang ‘Pengurusan Penyakit Tiga Serangkai’.
Dr. Mohd Hafiz mengingatkan semua agar mengambil berat kesihatan masing-masing kerana penyakit tiga serangkai (diabetes, darah tinggi dan kolesterol) selalunya tiada tanda jelas sehinggalah pesakit berada pada tahap kritikal.
“Jika ada masalah dengan ubat yang dibekalkan, bincang semula dengan doktor untuk tukar dos atau ubat yang lain,” katanya.

Saringan kesihatan oleh warga Klinik Kesihatan Langgar.
Salah seorang peserta Tharah Md Isa, 66, gembira dengan taklimat yang diberika oleh doktor di program ini.
“Taklimat ini memberi manfaat yang baik untuk kami kerana selalunya di klinik, masa berjumpa doktor agak singkat,” ujarnya.
-ZS-