Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Sentuhan KASIH Ibu Tunjang Keharmonian Institusi Keluarga

By 14 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mastura Mohamed Rowther/Shamsul Bahari Abd Shukor

GEORGE TOWN, 23 Mei (MalaysiaAktif) – Sambutan Hari Ibu Peringkat Negeri Pulau Pinang 2025 yang berlangsung meriah dihadiri lebih 550 wanita dari seluruh negeri nyata mengangkat martabat serta pengorbanan seorang ibu sebagai tunjang keharmonian institusi keluarga.

Tan Lean Lee menyempurnakan perasmian Sambutan Hari Ibu Negeri Pulau Pinang, semalam.

Bertemakan β€˜Sentuhan KASIH Ibu’, program anjuran Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) itu bukan hanya menjadi satu slogan, malah mengangkat makna yang cukup mendalam terhadap peranan seorang ibu dalam membentuk keluarga yang sejahtera.

Majlis perasmian disempurnakan oleh isteri Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Pengerusi Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Negeri Tan Lean Kee yang turut menyampaikan ucapan penghargaan kepada semua ibu atas ketabahan dan kasih sayang mereka.

Menurut Pengarah Bahagian Sumber Manusia LPPKN Abdul Halil Omar, sambutan ini memberi ruang kepada masyarakat untuk menghargai pengorbanan seorang ibu bukan sahaja melalui kata-kata tetapi juga menerusi sokongan dan kasih sayang berterusan.

Abdul Halil berharap pengisian program sempena Sambutan Hari Ibu ini akan meninggalkan impak yang bermanfaat buat semua peserta yang hadir.

β€œSaya berharap pelaksanan program pada hari ini akan meninggalkan sesuatu yang bermanfaat kepada semua yang hadir ini kerana kita mungkin tidak mampu membalas semua pergorbanan ibu kita tetapi dengan penghormatan, kasih sayang dan sokongan kepada ibu, mampu membina keluarga dan masyarakat yang lebih bahagia dan sejahtera,” katanya, di sini semalam.

Pelbagai pengisian menarik disusun sepanjang program berlangsung, antaranya sesi Bicara Aspirasi bertajuk Sentuhan Kasih Ibu dan Keseimbangan Keluarga dan Kerja yang menampilkan perkongsian pengalaman serta pandangan daripada panel jemputan profesional.

Turut memeriahkan program ialah perkhidmatan pemeriksaan kesihatan percuma, gerai jualan usahawan wanita, pameran pelbagai agensi kerajaan serta perkhidmatan Pusat Keluarga Bergerak (PKB) yang menyediakan khidmat nasihat kekeluargaan dan perundingan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda