
KUCHING, 30 Mei (MalaysiaAktif) – Program Terapi Kelompok merupakan satu daripada beberapa jenis psikoterapi untuk memberikan stimulasi dan membantu masyarakat terutama golongan yang bekerjaya dalam mengimbangi tanggungjawab kehidupan seharian.

Sesi bergambar peserta kursus bersama panel kaunseling Awangku Muhammad Bahrie (dua dari kanan).
Anjuran Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPLN) Negeri Sarawak bertemakan ‘Stress? Chill La! – Resiliensi Diri Secara Fizikal’ program yang diadakan di Dewan Rafflesia, Pusat Keluarga LPPKN Sarawak, Jalan Sultan Tengah, di sini semalam disertai seramai 25 orang peserta.
“Hari ini kita belajar untuk mengenali emosi dan ianya penting kerana ianya dapat membantu mengawal diri kita dalam meningkatkan kesejahteraan mental dan memudahkan komunikasi dengan orang lain,” kata Panel Kaunseling LPPKN Kuching, Awangku Muhammad Shamsul Bahrie.
Salah seorang peserta Juruterapi Pergigian, Klinik Pergigian Betong Mulia Mohd Safian, 37, berkata program ini membantunya mengawal emosi dan tekanan terutamanya semasa beban kerja yang banyak di pejabat.

Mulia bersama peserta lain.
“Saya berharap pihak LPPKN dapat memperbanyakkan kursus seperti ini di masa yang akan datang kerana ianya sangat bagus untuk membantu masyarakat khasnya kakitangan awam dalam pengurusan emosi.
“Sekiranya emosi tidak diuruskan dengan baik, akhirnya akan melibatkan kesan yang buruk sehingga menyebabkan kes bunuh diri berlaku,” katanya.
Objektif utama program ini adalah untuk berkongsi dan membantu peserta serta ahli dan bagi mendekati masyarakat dalam membimbing serta membantu peserta dalam mencetuskan idea dan buah fikiran ke arah menjadi individu yang berpengetahuan dan berketerampilan bagi mewujudkan keluarga yang sejahtera dan harmoni.
-ZS-