Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Sungai Balang Cakna Era Digital

By 19 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Shazreen Suradi/Mohd Nizam Moeng

MUAR, 25 Mei (MalaysiaAktif) – Usaha memperkasa komuniti melalui pendedahan kepada teknologi digital diteruskan dengan penganjuran Bengkel Studio Digital bersempena Program JIWA@Komuniti Madani Perihatin Sungai Balang, yang berlangsung di RDC Muar, Kompleks Penghulu Mukim Sungai Balang, semalam.

Sesi pembelajaran ‘Layar Hijau’ dan perisian OBS.

Program ini merupakan inisiatif bersama Pejabat Penerangan Daerah Muar, Living Lab Sungai Balang, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Pagoh dan Yayasan Inovasi Malaysia dengan objektif memperkukuh kefahaman masyarakat terhadap teknologi digital serta isu keselamatan siber.

Peserta turut diberi pendedahan teknikal seperti penggunaan kamera dan peralatan studio, penggunaan green screen (layar hijau) dan perisian Open Broadcaster Software (OBS) .

Menurut salah seorang peserta, Azimah Mustapha, 39, bengkel ini sangat memberi manfaat dan membuka peluang kepada mereka yang berminat dalam bidang media digital.

“Saya memang berminat dalam bidang media digital, dan bengkel ini sangat membuka mata tentang potensi teknologi seperti OBS, Ini juga kali pertama saya mencuba pengunaan layar hijau yang di padankan bersama perisian OBS.

Antara peserta yang hadir.

“Sekarang saya rasa lebih yakin untuk hasilkan kandungan video sendiri,” katanya.

Azimah turut berharap program sebegini dapat diteruskan dan diperluas ke kawasan lain sebagai sebahagian usaha membina masyarakat berdaya saing, celik teknologi selari dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Majlis dimulakan dengan Bicara Jenayah Siber oleh Pegawai Penerangan Daerah Muar Fairuzan Abd Majid yang menyentuh isu keselamatan digital dan pencegahan penipuan siber sebelum diteruskan dengan ceramah bertajuk ‘Penyelesaian Masalah Jenayah Siber Dengan Inovasi, Aplikasi dan Teknologi’ oleh Ketua Pusat Masyarakat Living Lab Sungai Balang Ts. Dr. Nor Azizi Yusof.

-ZS-

Tinggalkan komen anda