Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanNegeri Sembilan

Taklimat Ops Gasak 2.0 KPDN Bantu Pemahaman Warga Felda Kepis

By 11 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Shaharuddin Daud (Kuala Pilah)

KUALA PILAH, 31 Mei (MalaysiaAktif) – Bagi membantu masyarakat memahami pelaksanaan Ops Gasak 2.0 oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), sesi taklimat telah diadakan di Dewan Semai Bakti, Felda Kepis pada Khamis, bersempena dengan program JIWA Komuniti MADANI @ Sembang Santai.

Pegawai KPDN memberi maklum balas soalan hadirin.

“Ramai salah faham, Ops Gasak 2.0 bukan untuk membatalkan subsidi gas, tetapi untuk menangani ketirisan dan penyalahgunaan oleh pihak tidak bertanggungjawab termasuk peniaga yang menyorok bekalan atau menjual semula kepada industri,” jelas Penolong Pegawai Penguatkuasa Cawangan KPDN Kuala Pilah Mohd Zaidi Jusoh.

Menurutnya, operasi yang dilaksanakan ini berpaksikan prinsip keadilan sosial di bawah kerangka Malaysia MADANI.

“Kami tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menyeleweng bantuan kerajaan untuk kepentingan peribadi.

“Ops Gasak 2.0 bukan sekadar operasi penguatkuasaan, tetapi satu amaran tegas bahawa ketirisan tidak akan dibiarkan berlaku,” tegasnya di hadapan hadirin yang terdiri daripada penduduk dan pemimpin masyarakat.

Jualan Rahmah turut diadakan.

Mohd Zaidi turut menyeru agar orang ramai bertindak sebagai mata dan telinga kerajaan dengan melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa agar tindakan segera dapat diambil.

Program JIWA Komuniti MADANI yang membawa pendekatan santai namun berinformasi turut menampilkan pelbagai pengisian termasuk sesi taklimat dan soal jawab bersama agensi seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Jualan Rahmah.

Rata-rata pengunjung menyambut baik penganjuran program ini yang bukan sahaja mendekatkan agensi kerajaan dengan rakyat, malah memberi ruang kepada masyarakat luar bandar untuk memahami isu-isu semasa secara lebih telus dan terbuka.

-ZS-

Tinggalkan komen anda