
Laporan/foto: Ahmad Nizam Abidin (Pekan)
PEKAN, 20 Mei (MalaysiaAktif) – Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli berangkat ke Perkampungan Kraf Diraja Tunku Azizah, di sini semalam.

Tengku Ampuan Pahang dan Tengku Permaisuri Selangor melihat petugas yang terlibat dalam menghasilkan kain tenun.
Keberangkatan Paduka Baginda mengiringi DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin bagi melihat sendiri seni tenunan sutera Pahang hasil karya penenun tempatan.
Baginda Tengku Permaisuri Selangor teruja dan mengagumi kehalusan seni tenunan.

Tengku Permaisuri Selangor teruja melihat aktiviti menenun yang dijalankan di sini.
“Saya amat gembira dapat datang ke sini dan melihat apa yang diusahakan Tengku Ampuan Pahang yang berusaha mengangkat memartabatkan seni tenunan tradisional ini ke mata dunia, ini bukan hal yang mudah sebenarnya,” ujar baginda semasa ditemui pengamal media.
-ZS-