Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

The 5th Open Cekak Harimau Silat National & International Tournament Dato’ Sri Shahaniza Cup 2025

By 9 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Surina Simat (Maran)

MARAN, 5 Mei (MalaysiaAktif) – Kejohanan The 5th Open Cekak Harimau Silat National & International Tournament Dato’ Sri Shahaniza Cup 2025 yang berlangsung dari 1 Mei hingga 4 Mei 2025 dilihat mampu memartabatkan seni silat di negara ini.

Datuk Osman Nok, Setiusaha Agong Persatuan Silat Negeri Pahang

Kejohanan yang merupakan acara dwi tahunan ini telah diadakan buat kali ke-5 dan kali ini menerima penyertaan yang sangat memberangsangkan dengan 1,500 orang peserta dari 87 pasukan tempatan dan 7 pasukan luar negara telah menunjukkan ketangkasan masing-masing dalam 20 kategori yang dipertandingkan.

Pesilat yang mewakili pasukan Perisai Diri Indonesia, Fadhillah Putri Andika

Menurut Setiausaha Agong Persatuan Silat Negeri Pahang, Datuk Osman Nok, penyertaan peserta pada kali ini amat memberangsangkan.

“Secara dasarnya kejohanan kali ini telah melakar rekodnya yang tersendiri dengan jumlah penyertaan yang melebihi 2 kali ganda dari edisi lepas di samping penyertaan dari pasukan negara jiran kita iaitu Indonesia, Thailand, Vietnam dan Australia,” ujarnya yang juga merupakan Mahaguru Pertubuhan Silat Cekak Harimau Malaysia.

Tambahnya, diharapkan agar kejohanan yang dianjurkan ini akan dapat mempergiatkan lagi seni silat di kalangan masyarakat tempatan seterusnya akan dapat melahirkan pelapis pesilat negara yang berkualiti.

Menurut salah seorang peserta, Fadhillah Putri Andika, 18, yang merupakan pesilat yang mewakili pasukan Perisai Diri Indonesia, beliau amat teruja untuk berada di kejohanan ini.

“Ini penyertaan pertama saya di kejohanan ini dan saya amat gembira menjadi salah seorang peserta,” katanya.

-AA-

Tinggalkan komen anda