
Laporan/foto: Mohd Rafezan Shawal/Southern Volunteers (Johor Bahru)
JOHOR BAHRU, 25 Mei (MalaysiaAktif) – Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) Pasir Gudang menjadi fasiliti kedua selepas TMIYC Hutan Bandar di Johor Bahru.

Onn Hafiz, berkata TMIYC Pasir Gudang telah lengkap dengan fasiliti moden antaranya pentas terbuka (amphitheatre), Dewan Utama, wall climbing, padang memanah, taman permainan kanak-kanak, kawasan kendera saji, tapak karavan, serta litar go-kart, Moto CUB-PRIX dan gelanggang paddle.
Perasmiannya disempurnakan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail pada Sabtu sebagai salah satu simbol komitmen kerajaan negeri membangunkan bakat golongan belia di Johor.
Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata setakat ini Johor telah mempunyai tiga TMIYC yang telah siap dan telah beroperasi manakala satu TMIYC sedang dalam proses pembinaan.
“Di Johor Bahru sahaja ada dua TMIYC iaitu di Hutan Bandar Johor Bahru dan TMIYC Pasir Gudang manakala satu TMIYC di Muar dan satu lagi TMIYC sedang dalam pembinaan di Iskandar Puteri,” katanya ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) di Dataran Mahkota, Pasir Gudang, di sini semalam.

Tunku Ismail turut sama dalam sesi bergambar bersama tetamu yang hadir dan juga belia daripada Southern Volunteers pada majlis perasmian TMIYC.
Sementara itu, Kerajaan Johor sangat komited dengan penubuhan TMIYC sebagai salah satu pusat riadah dan juga tempat mencari bakat sukan terutama kepada belia di Johor.
“TMIYC ini hasil cetusan dan idea yang diilhamkan oleh Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi memperkasakan pembangunan belia berkenaan sukan dan selepas ini TMIYC akan dibina di setiap daerah di Johor sebagai Youth Centre,” katanya.
Turut hadir Setiausaha Kerajaan Johor Tan Sri Datuk Dr. Azmi Rohani, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri Mohd Hairi Mad Shah.
-ZS-