
Laporan/foto: Fatin Nabila Muktar/FB Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah (Kedah)
ALOR SETAR, 19 Mei (MalaysiaAktif) – Hari Belia Negara disambut pada 15 Mei bagi memberi pengiktirafan kepada golongan belia yang selama ini menjadi tunjang kekuatan negara sama ada dalam bidang pendidikan, ekonomi, teknologi, kesukarelawan dan kepimpinan.

Ucapan oleh Ketua Pengarah Jabatan Beliau Dan Sukan Negara, Azura Abidin
Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Kedah 2025 yang bertemakan Yakin Boleh telah berlangsung di Dataran Starwalk, Alor Setar, kelmarin.

Sekitar Majlis Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Kedah 2025
Majlis tersebut disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Azura Abidin.
“Belia adalah tulang belakang negara, pada tahun hadapan umur belia akan diselaraskan atau ditetapkan dari 15 tahun hingga 30 tahun,” kata Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Azura Abidin.
-AA-