Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanNegeri Sembilan

UiTM Kuala Pilah Perkenal Kaedah Baharu Penghasilan Cendawan Jerami

By 1 hari yang lalu12 seconds yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Siti Zuraida Md Nor Aidi/KRT Taman Lelayang (Jempol)

JEMPOL, 2 Mei (MalaysiaAktif) – Seramai lebih kurang 20 orang peserta yang terdiri daripada warga Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Lelayang Kampung Ladang Geddes yang juga merupakan ahli Komuniti MADANI Kampung Ladang Geddes telah menyertai kursus penanaman cendawan jerami atau nama komersilnya Volvariella dengan kaedah terbaharu menerusi Program U2SKILL UiTM (University Society Skill and Knowledge Initiative Learning Labouratory).

Menurut Pengerusi KRT Taman Lelayang, Vellusamy Rasu, 55, sebelum ini pelbagai jenis projek pertanian seperti cili api, sayur-sayuran dan sebagainya telah diusahakan dan yang terkini melalui inisiatif KRT Progresif, mereka cuba untuk mengusahakan cendawan jerami.

Sesi menandatangani dan penyerahan MOU antara UITM Kuala Pilah dan KRT Taman Lelayang disaksikan tetamu kehormat

“Kita melihat ianya mempunyai peluang yang cukup cerah dan hasil sangat lumayan jika berjaya di hasil serta dipasarkan.

“Tambahan pula, tidak ramai yang berani menceburi bidang ini,” katanya ketika ditemui semasa majlis perasmian Program U2SKILL yang diadakan bersama Program Jiwa komuniti MADANI Perayaan petang semalam.

Menurutnya, pada awal mereka menghadapi banyak masalah dan hampir berputus asa untuk melaksanakannya namun setelah pihak UiTM Kuala Pilah melalui Unit Pengembangan Teknologi Cendawan sudi untuk membantu, kami sangat bersyukur dan kembali mempunyai harapan untuk mengusahakannya.

“Sebanyak 100 kilogram EFB fiber telah dicampur dan dipeketkan untuk menjadi bahan bagi percambahan benih dan secara keseluruhannya kami sangat teruja dengan kaedah terkini yang di tunjuk ajar oleh para pensyarah yang diketuai oleh Dr Azrimi Umor ini sangat mudah untuk diaplikasikan,” katanya.

Khairul Annuar Mansor yang mewakili Ahli Parlimen Jempol dalam ucapan perasmiannya, berkata semoga apa yang diusahakan ini akan memberikan kejayaan kepada semua pihak.

“Saya sangat gembira apabila program seperti ini dapat dibuat untuk masyarakat di sini dan saya melihat ini adalah merupakan program dua dalam satu yang mempunyai elemen pendidikan sepanjang hayat, CSR serta penjanaan ekonomi yang sangat baik untuk diimplemen dan diperluaskan ke komuniti yang lain,” ujarnya.

Turut disempurnakan acara menandatangani MOU antara UiTM Kuala Pilah dan KRT Taman Lelayang disaksikan oleh Khairul Annuar beserta tetamu kehormat.

-AA-

Tinggalkan komen anda