Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Umat Islam Perlu Berpegang pada Al-Quran dan Sunah

By 59 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Anuar Che Amat

KANGAR, 13 Mei (MalaysiaAktif) – Umat Islam di negeri Perlis diseru agar berpegang teguh pada al-Quran dan sunah.

“Negeri Perlis ini merupakan benteng Ahli Sunnah Wal Jamaah dan pegangan kita (umat Islam) merujuk kepada al-Quran dan sunah, bukan rekaan, apatah lagi tahyul dan khurafat yang diada-adakan oleh segelintir manusia, yang mempergunakan nama agama,” titah Tuanku Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Baginda bertitah demikian di Majlis Perasmian Penutup Perkampungan Sunnah Siri ke-10 di Masjid Alwi Kangar, di sini semalam.

Titah Baginda, pelbagai istilah disalahgunakan seperti ‘amb

Majlis perasmian penutup dirasmikan oleh Tuanku Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

il berkat’, ‘keluarga Nabi’, mimpi melihat Rasulullah SAW, keramat, wali, barangan peninggalan Nabi SAW dan sebagainya.

“Puncanya adalah kerana sesetengah pihak tidak menjadikan pegangan dan amalan Nabi SAW serta para sahabat Baginda sebagai penanda aras dan rujukan dalam beragama.

“Di sinilah pentingnya sunah dan pentingnya jamaah iaitu jamaah para sahabat Nabi SAW, para ulama salaf dan para ulama yang mengikuti jalan mereka, dan di kesempatan ini saya ingin mengajak semua, sama-sama kita memperkukuhkan pegangan di negeri Perlis ini,” titah Baginda.

Raja Perlis turut bertitah agar seluruh umat Islam di negeri Perlis memberikan sokongan dan dokongan kepada majlis dan program ilmu, fatwa dan pendirian ilmu, pelbagai aktiviti bermanfaat yang dianjurkan.

“Sama-samalah kita bantu-membantu dalam menyampai dan menghidupkan Islam yang diwarisi daripada Nabi Muhammad SAW,” titah Baginda.

Tuanku Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bersalaman dengan tetamu yang hadir.

Berangkat sama ialah Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Perkampungan Sunnah adalah salah satu program ilmu tahunan di Perlis yang dihadiri oleh para peserta dari dalam mahupun luar Perlis.

Program ini turut disertai oleh para pengunjung yang datang dari negara jiran seperti Indonesia, Thailand, Singapura, Kemboja, Filipina dan lain-lain.

Ia merupakan program terbesar yang dianjurkan oleh Jabatan Mufti Negeri Perlis dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) serta Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) sejak tahun 2015.

-ZS-

Tinggalkan komen anda