Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Usahawan Terengganu Perkasa Perniagaan dengan Data Intelligence

By 17 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Aini Aziz/Politeknik Kuala Terengganu

KUALA TERENGGANU, 30 Mei (MalaysiaAktif) – Kursus Agromarketing 101: Data Intelligence Terengganu Edition anjuran Politeknik Kuala Terengganu (PKT) dengan kerjasama FAMA Terengganu telah melabuhkan tirainya kelmarin setelah berlangsung selama dua hari, bermula 28 Mei 2025 di Dewan Utama PKT.

Menurut Pegawai Perhubungan Awam Politeknik Kuala Terengganu Nurul Ain Mohamed Hassim, seramai 38 peserta yang terdiri daripada usahawan dan warga politeknik dan kolej komuniti (POLYCC) telah mengikuti kursus ini dengan penuh semangat dan komitmen.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Sokongan Akademik PKT Zunaidi Abdullah.

“Kursus ini memberi pendedahan penting kepada peserta dalam bidang teknologi digital seperti pembangunan dashboard menggunakan Google Looker Studio, pembangunan aplikasi mudah alih melalui AppSheet serta penciptaan laman web menggunakan Google Sites,” katanya.

Tambah beliau, pengisian kursus ini juga bertujuan meningkatkan daya saing usahawan tempatan dalam mendepani era digital dan memperkukuh kefahaman terhadap penggunaan data dalam perniagaan.

“Kursus ini telah memberi impak yang sangat positif kepada peserta dan membuka ruang kepada lebih banyak program seumpamanya di masa hadapan.

Para peserta bergambar kenangan selepas kursus berakhir.

“Kami percaya pendedahan kepada teknologi ini mampu melahirkan usahawan yang bukan sahaja celik digital, malah mampu menggunakan data secara strategik untuk menjana pertumbuhan ekonomi,” ujarnya.

Pakar transformasi digital dan produktiviti Prof. Kamaruzaman Jahidin telah dijemput sebagai penceramah utama merangkap Profesor Adjung di Universiti Antarabangsa UNITAR, Pengerusi Powernode Solution Sdn. Bhd. dan CEOPOLYCC yang aktif menyumbang kepada pembangunan institusi Politeknik dan Kolej Komuniti.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Sokongan Akademik PKT Zunaidi Abdullah dan sijil penyertaan pula telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Industri Agromakanan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Terengganu Nuranis Marhana Abd Aziz.

-ZS-

Tinggalkan komen anda