Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanNegeri Sembilan

Warisan Si Tukang Kunci

By 10 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nur Shazreena Harith/Siti Hajar Kamis

SEREMBAN, 5 Mei (MalaysiaAktif) – Seni pembuatan kunci mengikut cara lama sudah makin dilupakan.

Di daerah Seremban, kini hanya terdapat 2 hingga 3 orang sahaja tukang membuat kunci yang masih mengamalkan seni kunci mengikut cara tradisional yang ditambah baik dengan sedikit elemen moden.

Lim Chee Aun sedang meneliti gigi kunci

Merupakan generasi kedua, Lim Chee Aun, 75, sudah menjalankan perniagaan ini sejak 55 tahun yang lalu dan mula mengikut bapanya untuk membuat serta membaiki kunci pintu seawal usia 10 tahun.

Mendiang bapanya memulakan perniagaan membuat kunci ini, dari tepi kaki lima di Jalan Singapura atau Singapore Street, kemudiannya diambil alih oleh Lim Chee Aun dan dijenamakan semula menggunakan nama Jayhan Locks & Safe Enterprise.

Di kalangan adik beradiknya pula, hanya beliau yang mengikut jejak langkah ayahnya mencari rezeki sebagai tukang kunci.

“Sebagai tukang kunci, kerjaya ini memerlukan minat dan kesabaran. Jika tidak sabar susah untuk melakukan kerja terutama apabila diminta untuk membuka kunci peti keselamatan,” katanya.

“Selain mempunyai sedikit pengetahuan dan asas kemahiran, kebanyakkan tukang kunci pada masa kini menggunakan teknologi komputer untuk membuat kunci berbanding pembuatan secara manual pada masa dahulu,”, tambahnya.

-AA-

 

Tinggalkan komen anda