Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Warisan Sulaman Siling Tradisional Terus Disemai Generasi Muda

By 2 hari yang lalu48 seconds yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norliza Yusof/Petrick Benedict (Penampang)

PENAMPANG, 14 Mei (MalaysiaAktif) – Bagi memastikan kemahiran menyulam siling tradisional pada busana kaum Kadazan terus dipelihara dan diwarisi oleh generasi akan datang, Komuniti MADANI Kampung Bokok Kituau telah menganjurkan Pertandingan Sulaman Siling Baju Tradisi sempena Program Jiwa@Komuniti MADANI Perayaan Pesta Kaamatan.

PPD Penampang, Ishak (dua dari kiri) bersama para jemputan melawat gerai pameran hasil kraf sulaman siling di sini kelmarin.

Sulaman siling merupakan seni hiasan halus menggunakan benang emas atau perak yang disulam pada bahagian lengan, dada dan keliling kain busana tradisional wanita Kadazan Dusun.

Menurut Pengerusi Komuniti MADANI Kampung Bokok, Susanna Fung, pertandingan ini bertujuan mencungkil bakat baharu serta memupuk minat generasi muda terhadap seni warisan ini. “Melalui pertandingan ini, peserta didedahkan kepada teknik asas sulaman siling tradisional, sekali gus menyemai rasa bangga terhadap budaya sendiri.

Hasil  sulaman siling tradisional yang dihasilkan dengan ketelitian dan kemahiran halus.

Bagi yang sudah mahir atau pernah mempelajarinya, ini menjadi platform untuk mereka berkongsi ilmu dengan peserta yang baru berjinak-jinak dalam bidang ini,” katanya ketika ditemui pada program tersebut, Isnin lalu.

Tambah beliau, inisiatif ini diharap dapat melahirkan lebih ramai penenun sulaman siling tradisional dalam kalangan generasi muda dan membuka peluang kepada mereka untuk menjadikan kemahiran ini sebagai sumber pendapatan tetap pada masa hadapan.

Pertandingan yang julung kali diadakan di kampung tersebut disertai lapan orang peserta, dengan masa dua jam diberikan bagi menyiapkan sulaman sepanjang 30 sentimeter.

-RJ-

Tinggalkan komen anda