Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Santuni 142 Jemaah Haji

By 1 minute yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ainsyah Hamid/Muhamad Fakhruddin

BAYAN LEPAS, 20 Mei (MalaysiaAktif) – Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Datuk Seri Utama Ramli Ngah Talib, bersama Toh Puan Raja Datuk Seri Utama Noora Ashikin Raja Abdullah menyantuni seramai 142 jemaah haji dalam satu majlis ringkas namun penuh bererti yang berlangsung di Dewan Mutiara, Raia Inn, semalam.

Ucapan daripada wakil pengurusan Tabung Haji Mohd Hasraff Hashim

Majlis itu diadakan bagi meraikan dan memberikan kata-kata semangat kepada para jemaah yang bakal menunaikan Rukun Islam kelima ke Tanah Suci.

Tun Ramli menyantuni para jemaah haji Pulau Pinang

Wakil pengurusan Tabung Haji Mohd Hasraff Hashim, dalam ucapannya melahirkan rasa syukur dan bangga terhadap pemilihan jemaah dari negeri ini yang diberi kesempatan menjadi tetamu Allah.

“Saya menasihati semua jemaah agar menjaga kesihatan dan sentiasa mematuhi segala garis panduan serta peraturan yang ditetapkan demi kelancaran ibadah di sana,” katanya.

Sementara itu, salah seorang jemaah Halim Saari, 55, tidak dapat menyembunyikan rasa sebaknya apabila hasrat untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci akhirnya menjadi kenyataan.

“Perasaan sebak dan gembira saja yang mampu saya ungkapkan saat ini, sujud syukur saya Allah mendengar doa untuk ke tanah suci,” katanya penuh emosi.

Terdahulu, Tun Ramli turut menyampaikan ucapan ringkas serta mengucapkan selamat jalan kepada semua jemaah, mendoakan agar mereka memperoleh haji yang mabrur dan selamat pergi serta kembali.

-AA-

Tinggalkan komen anda