Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

YAYSH Santuni Anak Yatim Daerah Yan

By 4 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Azian Saad (Pendang)

YAN, 29 Mei (MalaysiaAktif) – Seramai 20 orang anak yatim sekitar daerah Yan telah menerima sumbangan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha anjuran Yayasan Anak-anak Yatim Sultanah Haminah (YAYSH) yang diadakan di Pejabat Daerah dan Tanah Yan, semalam.

Majlis yang diadakan dengan tujuan membantu meringankan beban anak yatim daripada keluarga berpendapatan rendah menyambut hari raya yang bakal tiba telah disampaikan oleh Penanung YAYSH Yang Maha Mulia Che Puan Besar Tuanku Hajah Haminah Haji Hamidun.

Para penerima sumbangan bergambar kenangan bersama Tuanku Hajah Haminah.

Program ini mencerminkan komitmen berterusan YAYSH dalam menyantuni anak-anak yatim serta memastikan kebajikan mereka terus terbela dan dapat bersama-sama meraikan kemeriahan sambutan hari raya seperti anak-anak yang lain.

Pelajar Sekolah Kebangsaan Dulang Muhammad Taufiq Hidayat Muhamad Ribi, 12, anak sulung daripada lima beradik yang kehilangan ayahnya pada awal tahun ini, meluahkan rasa syukur atas bantuan yang diterima.

“Sumbangan ini amat membantu dan meringankan beban keluarga kami.

“Terima kasih kepada yayasan atas keprihatinan ini kerana sumbangan ini amat bermakna untuk kami bagi menyambut hari raya nanti,” katanya.

Turut hadir Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) Amir Ezzat Ismail, Ahli Lembaga Pengarah YAYSH Datuk Rosli Awang, Pegawai Agama Daerah Yan Syeikh Mohd Ikmal Hafif Azmi serta Penghulu Mukim sekitar daerah Yan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda