
Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)/MAIWP Labuan
LABUAN, 24 Mei (MalaysiaAktif) – Program Young Stemist Expo (YSE) bukan sekadar satu pertandingan tetapi merupakan medan eksplorasi, inovasi dan pembelajaran abad ke-21.

Md Fadzli (dua dari kanan) melawat salah satu pameran di YSE.
Menurut Pengurus Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan Md Fadzli Md Saad, program itu bertepatan dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melahirkan pelajar yang berdaya cipta, celik teknologi dan bersedia menghadapi cabaran dunia digital yang pesat berubah.
“Apa yang membezakan YSE ini ialah pendekatannya yang menyeluruh kerana menggabungkan elemen sains, teknologi, kejuruteraan, rekabentuk dan ICT serta memberi peluang kepada pelajar untuk meneroka secara hands-on (amali) dan berpasukan,” katanya semasa merasmikan YSE Sekolah Menengah Agama MAIWP Labuan Tahun 2025 di sini semalam.

Para tetamu jemputan dan pelajar sekolah MAIWP bergambar kenangan.
Jelasnya YSE pada kali ini turut diserikan dengan pengisian Minggu Bahasa, yang merangkumi tiga bahasa utama iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, dan al-Lughah al- ‘Arabiah al-Mu‘??irah bagi memperkasa aspek komunikasi pelajar dalam pelbagai bahasa selain memupuk kecintaan terhadap bahasa sebagai medium penyebaran ilmu, budaya dan pemikiran.
“Penganjuran program ini turut membuka ruang penyertaan kepada murid-murid dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia, sekali gus menjadi platform kebersamaan antara pelajar pelbagai latar belakang budaya, kaum dan agama,” katanya.
Antara pertandingan yang diadakan ialah Project Based Learning: NextGen Innovators, Robot Sumo RC 500g, Robot Sumo Autonomous 1kg, Soccer Robot Battle dan Project Based Learning: Next-Gen Innovators (secara dalam talian).
-ZS-