
Laporan/foto: Nur Farhana Azman/FB Fairul Nizam Roslan Along
JASIN, 19 Mei (MalaysiaAktif) – Program Ziarah MADANI Bersama Masyarakat Orang Asli Negeri Melaka serta penyerahan Surau Baharu Kampung Orang Asli Bukit Seraya meriah dengan kehadiran seluruh warga Kampung Orang Asli Bukit Seraya, Asahan yang telah diadakan di sini, semalam.

Masyarakat Orang Asli yang hadir memeriahkan program
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Negeri Melaka merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Asahan Fairul Nizam Roslan, program sebegini membuktikan kerajaan terus komited dalam menyokong usaha memperkasa masyarakat Orang Asli dalam pelbagai aspek kehidupan, pendidikan, infrastruktur dan kebajikan.

Bersama kepimpinan masyarakat
“Semoga pembinaan surau baharu ini menjadi pemangkin kepada pengukuhan syiar Islam di perkampungan ini serta dapat membuka ruang yang lebih meluas untuk pembangunan rohani dan perpaduan komuniti di sini,” ujarnya.
“Saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua agensi yang telah menjayakan program sebegini. Ini dapat dibuktikan lagi bahawa pelbagai jabatan dan agensi kerajaan di negeri ini dekat di hati masyarakat,” tambahnya.
-AA-