Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

106 Sukarelawan Bersihkan Pantai Bagan Ajam

By 1 hari yang lalu6 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Viji Kiruthika Sondaraj

BUTTERWORTH, 17 Jun (MalaysiaAktif) – Pantai Bagan Ajam kembali bersih dan indah hasil usaha 106 sukarelawan yang menyertai Program Beach Cleanup Siri 2 anjuran Alumni Politeknik Seberang Perai (PSP) bersama Team Lestari RnR, di sini kelmarin.

ADUN Bagan Jermal Chee Yeeh Keen (dua dari kiri) hadir memberi sokonganĀ 

Program bermula seawal 7.30 pagi dengan bacaan doa dan taklimat keselamatan sebelum aktiviti pembersihan dijalankan secara berkumpulan melibatkan alumni, pelajar, kakitangan PSP serta ahli keluarga dan komuniti setempat.

Sukarelawan membersihkan kawasan di sekitar PantaiĀ BaganĀ Ajam

Inisiatif ini bukan sahaja memberi fokus kepada pembersihan pantai daripada sampah dan sisa plastik, malah turut memberi penekanan terhadap kesedaran amalan 3R (reduce, reuse, recycle) serta usaha memperkukuh hubungan antara institusi pendidikan, bandan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Jermal Chee Yeeh Keen, turut hadir memberikan sokongan terhadap program ini.

ā€œSetiap sampah berpunca daripada tangan manusia, perubahan bermula dengan diri sendiri dan jangan buang sampah merata-rata,ā€ katanya.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Presiden Alumni PSP, Norzawati Ahmad.

Pengarah PSP Ruzi Hamzah, menyatakan komitmen institusi terhadap penganjuran program seumpama ini sebagai sebahagian daripada usaha tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang menyokong dasar kelestarian kerajaan.

-AA-

Tinggalkan komen anda