Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

14 Pasukan Memeriahkan Persembahan Gendang 24 Musim

By 13 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ Foto: Lim Poh Choo (Sarawak)

Kuching, 16 Jun (MalaysiaAktif) -Sebanyak 14 pasukan yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah, menengah dan universiti berjaya memeriahkan persembahan Gendang 24 Musim – ‘The Congregation IV’ yang berlangsung di SJK Chung Hua No. 3 Kuching, semalam.

Para peserta merakam kenangan dalam sesi bergambar beramai-ramai selepas tamat persembahan Gendang 24 Musim – ‘The Congregation IV’.

Setiausaha Politik di Pejabat Premier Sarawak, Koh Teck Wan yang mewakili Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian dalam ucapan perasmiannya berkata bahawa Gendang 24 Musim merupakan warisan budaya Cina yang kini menjadi simbol perpaduan kaum di Sarawak.

“Banyak pasukan menggabungkan budaya tempatan dan alat muzik dalam persembahan mereka dan saya benar-benar kagum dengan kualiti persembahan ini,” katanya.

Tambahnya, beliau mengucapkan syabas diucapkan kepada para jurulatih dan pemain yang menyampaikan persembahan yang hebat pada malam itu.

Antara aksi bertenaga yang dipersembahkan oleh pasukan dalam Gendang 24 Musim.

Salah seorang jurulatih, Louis Bong, 25, yang mengetuai pasukan gabungan pelajar UNIMAS dan SMK Wira Penrissen seramai 23 orang, berkongsi pengalaman mereka menjayakan persembahan bertemakan ‘Shen’.

“Kami mengambil masa kira-kira empat bulan setengah untuk mencipta irama, menyusun koreografi, melatih teknik pukulan gendang dan menyelaras persembahan,” katanya.

Louis Bong (barisan hadapan, dua dari kanan) bersama ahli kumpulan gabungan UNIMAS dan SMK Wira Penrissen selepas menyampaikan persembahan bertemakan ‘Shen’.

Menurutnya, tema ‘Shen’ membawa maksud bahawa “kehidupan mungkin tidak sempurna, namun ia tetap boleh menjadi luar biasa jika dijalani dengan sepenuh hati dan makna.”

“Saya berharap dengan melalui program ini, orang ramai akan lebih mengenali Gendang 24 Musim dan juga menarik lebih ramai untuk menceburi bidang ini kerana ia tidak sama dengan tarian singa dan dalam masa yang sama, ia diyakini bakal melahirkan lebih ramai pemain yang berpotensi di masa yang akan datang,” jelas Louis.

-RJ-

Tinggalkan komen anda