
Laporan/foto: Muzaffar Marrudzuki/Mohd Fauzi
TAMPIN, 16 Jun (MalaysiaAktif) – Negeri Sembilan 7even Wonders Challenge 2.0 yang berlangsung di Bukit Ramunia, Gemencheh, di sini kelmarin telah berjaya menarik seramai 1,500 pendaki dari dalam dan luar negeri untuk menyertai acara tersebut.

Mustapha ketika memberikan ucapan.
Terdapat pelbagai aktiviti menarik diadakan ketika acara berlangsung antaranya senamrobik, pameran pelbagai agensi kerajaan dan banyak lagi.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan Datuk Mustapha Nagoor, berkata beliau sangat berbangga apabila sebanyak 1,500 tiket penyertaan laris dijual.
Menurutnya, ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia terutama di Negeri Sembilan amat gemar menyertai acara yang baik untuk kesihatan.

Mohd Isam turut hadir.
“Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan, saya berharap acara ini juga mampu melahirkan lebih ramai rakyat yang gemar untuk melakukan aktiviti yang sihat.
“Apabila badan kita sihat, kita akan menjadi insan yang lebih positif dan bahagia,” katanya.
Turut hadir Ahli Parlimen Tampin Datuk Mohd Isam Haji Mohd Isa dan Ahli Dewan Undangan Negeri Gemencheh Suhaimizan Bizar.
-ZS-