
Laporan/foto: Siti Aminah Abdullah/Norfatihah Abd Jamin (Kinta)
HULU KINTA, 1 Jun (MalaysiaAktif) – Seramai 30 orang kanak-kanak berumur antara 5 hingga 12 tahun telah menyertai Majlis Khatan Beramai-ramai Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kinta.

Muka ceria kanak-kanak yang selesai dikhatankan pada program ini.
Majlis anjuran Pertubuhan Kebajikan Misi Kita Perak dan Komuniti MADANI Hulu Kinta B di Surau Diri Jumaat Al-Ikhlas Taman Tanjung Damai, Tanjung Rambutan, di sini semalam.
Menurut Ketua Komuniti MADANI Hulu Kinta B Mohd Ghaffari Mansor, program amal dan kebajikan ini merupakan kesinambungan program gunting rambut percuma yang dilaksanakan pada bulan Februari lalu sempena cuti sekolah yang melibatkan komuniti masyarakat setempat.
Pengerusi surau Jamaludin Abdul Karim ketika ditemu bual, meluahkan rasa gembira dan bersyukur kerana pelaksanaan program tersbut.

Gimik perasmian dengan pancuran air kepada peserta telah disempurnakan oleh ADUN Hulu Kinta.
“Program ini julung kali diadakan di kawasan ini dan ini dapat menyatupadukan ukhuwah penduduk setempat selain dapat mengimarahkan surau ini,” katanya.
Turut diadakan penyampaian naratif ceramah mengenai keselamatan dalam talian dan scammer.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta Muhamad Arafat Varisai Mahamad hadir merasmikan program dan turut menyertai perarakan bersama peserta berkhatan.