Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

300 Pelajar Tanah Merah Terima Manfaat Tuisyen Pintar Santuni MADANI

By 2 hari yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Sanusi Arifin

TANAH MERAH, 1 Jun (MalaysiaAktif) – Seramai 300 pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari Kampung Padang Siam dan Kampung Sat bakal menerima manfaat daripada Program Tuisyen Pintar Santuni MADANI anjuran Majlis Getah Malaysia (MRC) yang dilancarkan di Masjid Mukim Padang Siam, di sini kelmarin.

Pengerusi Lembaga Getah Malaysia (MRC) Datuk Seri Suparadi dalam ucapannya, berkata tumpuan utama program adalah memperkasakan pendidikan sebagai asas keluar daripada belenggu kemiskinan dan ketidaksamaan peluang.

Sebahagian pelajar dan ibu bapa yang hadir ke majlis pelancaran program tuisyen percuma anjuran Majlis Getah Malaysia (MRC).

“Melalui tuisyen intensif bagi mata pelajaran teras seperti Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik dan Sains, kita harap pelajar lebih bersedia menghadapi SPM,” katanya.

Suparadi turut menekankan empat objektif utama program ini adalah meningkatkan akses kepada pendidikan berkualiti, memperkukuh pencapaian akademik, mengeratkan kerjasama antara ibu bapa, guru dan pelajar serta memupuk kesedaran tentang pentingnya pendidikan untuk kemajuan negara.

Program Tuisyen Pintar ini akan dijalankan bermula Jun hingga November 2025 secara serentak di Masjid Mukim Padang Siam dan Sekolah Menengah Ugama (Arab) Al-Fitrah, Kampung Sat, sebagai persediaan intensif kepada calon-calon SPM.

Program komuniti berfokus pendidikan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Satu Pemimpin Satu Kampung yang diperkenalkan di bawah gagasan Santuni MADANI, cetusan idea Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bertujuan meningkatkan keupayaan masyarakat luar bandar melalui pendidikan dan libat urus secara terus dengan penduduk kampung.

-ZS-

Tinggalkan komen anda