
Laporan/foto: M Zakry Chan/Muhaimin Amran
MELAKA, 9 Jun (MalaysiaAktif) – 4.5 tan daging lembu melibatkan 33 ekor lembu, 12 ekor kambing dikorbankan di Madrasah Al-Amin Taman Rambai Utama, di sini kelmarin.

Jawatankuasa program mengagihkan daging korban kepada penduduk taman.
Menurut Pengerusi Madrasah Al-Amin Taman Rambai Utama, Shamsudin Muhamed, 51, sebanyak 3,341 bungkus daging telah berjaya diagihan kepada orang ramai.
“Program Qurban Berkelompok yang telah berlangsung dengan penuh lancar dan meriah serta mendapat pembabitan luar biasa dalam kalangan masyarakat terutama penduduk Taman Rambai Utama.

Jawatankuasa Madrasah Al-Amin Taman Rambai Utama yang telah menguruskan perjalanan program dengan cemerlang.
“Saya juga ingin merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada para peserta, penyumbang, ahli jawatankuasa surau dan kumpulan sukarelawan yang terdiri daripada anak-anak kariah dengan semangat kesukarelawanan yang tinggi kita berjaya menyelesaikan tugasan dan amanah dengan cemerlang,” katanya.
-ZS-