
Laporan/foto: Haniff Tukija/Mohd Hafiz Mat Nor (Sabak Bernam)
SEKINCHAN 5 Jun (MalaysiaAktif) – Seramai 33 ketua isi rumah mangsa kejadian ribut di Taman Ria Sekinchan Mac lalu menerima bantuan daripada Charity Right Malaysia.

Zafina ketika menyampaikan ucapan.
Ketua Pengurus Dana Charity Right Malaysia Zafina Haji Khuzaiman, berkata Projek Kasih Sekinchan itu merupakan inisiatif istimewa hasil kolaborasi pihaknya dengan rakan korporat mereka The Coffee Bean & Tea Leaf.
“Bukan sekadar hulur bantuan, tapi kita nak sebarkan kasih sayang, rasa prihatin dan solidariti kepada komuniti,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa Majlis Penyampaian Bantuan Projek Kasih Sekinchan yang berlangsung di Balairaya Kampung Parit 7 Baroh, di sini semalam.

Salah seorang penerima sumbangan Projek Kasih Sekinchan oleh Charity Right Malaysia bersama The Coffee Bean & Tea Leaf.
Setiap keluarga menerima kotak makanan, barangan keperluan dan penjagaan diri serta kuih raya.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Parit 7 Baroh Rojikin Sarbani, Pegawai Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sekinchan Noor Sulisiah Ampira Wani Miswan Alwi serta wakil Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam Faridzul Adzli Mad Adim.
-ZS_