Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanMelaka

50,000 Pengunjung Banjiri Melaka Agrofest Melaka 2025

By 2 jam yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: M Zakry Chan/Facebook: Jabatan Pertanian Negeri Melaka

AYER KEROH 30 Jun (MalaysiaAktif) – Hampir 50,000 pengunjung memeriahkan Majlis Penutupan Melaka Agrofest 2025 di Dataran Sejarah, di sini semalam.

Orang ramai berpusu-pusu hadir memeriahkan Agrofest Melaka 2025.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, berkata ramai pengunjung dari luar negeri Melaka antaranya Johor, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Perak sanggup memandu jauh untuk hadir merasai sendiri kemeriahan festival ini.

Menurutnya, Melaka Agrofest terus menjadi landasan strategik dalam mengangkat sektor agromakanan dan tahun 2024 menyaksikan sektor pertanian menjadi penyumbang ketiga terbesar kepada KDNK negeri dengan nilai mencecah RM4.8 bilion dan pertumbuhan tertinggi sebanyak 6.5 peratus, mengatasi sektor-sektor lain.

Orang ramai tidak melepaskan peluang membeli buah-buahan tempatan yang dijual di Melaka Agrofest 2025.

“Melihat kepada potensi Melaka, pada tahun ini, Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan sebanyak RM10.2 juta bagi projek-projek pertanian berimpak tinggi, merangkumi agropelancongan, subsektor tanaman serta pembangunan sawah padi.

“Sesungguhnya, kejayaan penganjuran Melaka Agrofest 2025 ini adalah bukti bahawa apabila kerajaan, agensi, pengusaha dan rakyat berganding bahu, tiada yang mustahil untuk dicapai,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda