Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

600 Bakat Perakaunan Bumiputera Dibangunkan Bagi Menyokong JS-SEZ

By 25 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zahid Othman/JTDC (Johor)

JOHOR BAHRU, 5 Jun (MalaysiaAktif) – Johor Talent Development Centre (JTDC) hari ini mengumumkan kerjasama strategik bersama Yayasan Peneraju, sebuah agensi di bawah Kementerian Ekonomi, bagi melaksanakan inisiatif pembangunan 600 bakat Bumiputera Johor dalam bidang perakaunan.

Najmie Noordin, berkata melalui platform Peneraju.org, sebanyak 600 penempatan tajaan penuh ditawarkan bagi pendidikan dan latihan dalam bidang perakaunan.

Usaha ini merupakan langkah proaktif Kerajaan Negeri Johor dalam menyediakan tenaga kerja berkemahiran tinggi untuk menyokong pertumbuhan Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura (JS-SEZ).

Ketua Pegawai Bakat Johor Corporation (JCorp) merangkap Ahli Lembaga Pengurusan JTDC Najmie Noordin, berkata melalui platform Peneraju.org, sebanyak 600 penempatan tajaan penuh ditawarkan bagi pendidikan dan latihan dalam bidang perakaunan.

“Program ini memberi tumpuan kepada pensijilan profesional bertaraf antarabangsa seperti Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) dan The Institute of Chartered Accountants in England and Wales (ICAEW).

“Latihan akan dilaksanakan menerusi rangkaian Institusi Pembelajaran dan Latihan Yang Diluluskan (ALTI) oleh Yayasan Peneraju kepada 200 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), 200 graduan dan 200 profesional yang sedang bekerja,” katanya ketika ditemui sempena forum ‘Supporting Economic Growth in JS-SEZ: Accountants as Business Enablers’ bertempat di CEREBRUM, KOMTAR JBCC, di sini hari ini.

Najmie juga menegaskan bahawa pentingnya menangani isu ketidaksepadanan antara keperluan industri dan bekalan semasa tenaga profesional dalam bidang perakaunan.

Majlis simbolik pemeteraian kerjasama antara JTDC dan Yayasan Peneraju telah disempurnakan oleh Najmie Noordin dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Peneraju, Ibrahim Sani.

“JTDC komited untuk bekerjasama dengan Malaysian Institute of Accountants (MIA) serta institusi pengajian tinggi dalam memperkukuh saluran bakat, sejajar dengan keperluan pelabur di JS-SEZ yang semakin berkembang,” ujarnya.

Tambah Najmie, inisiatif ini mencerminkan iltizam kukuh Kerajaan Negeri dalam melahirkan modal insan berkualiti tinggi, yang memiliki kelayakan profesional bertaraf global – satu keperluan kritikal bagi fungsi kewangan dan pengurusan akaun dalam pembangunan JS-SEZ.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Peneraju Ibrahim Sani dan Ketua Pegawai Eksekutif Invest Johor Natazha Hariss.

-ZS-

Tinggalkan komen anda