Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

600 Pelajar Sertai Kempen Keselamatan di Pasir Puteh

By 2 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Azmi Abd Rahman

PASIR PUTEH, 30 Jun (MalaysiaAktif) – Seramai 600 pelajar sekolah menengah di daerah ini telah menyertai Kempen Keselamatan Murid Sekolah Menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Cherang Ruku, di sini semalam.

Program anjuran bersama Jabatan Pendidikan Negeri, Hibiscus Petroleum serta agensi keselamatan itu bertujuan meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelajar mengenai aspek keselamatan diri dan persekitaran sekolah.

Taklimat keselamatan oleh pihak APM.

Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Hal Ehwal Murid, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Hirudin Mohit berkata penganjuran kempen itu selari dengan usaha berterusan kementerian melahirkan pelajar yang berilmu dan peka terhadap isu keselamatan.

“Pemilihan 600 pelajar sekolah menengah di Pasir Puteh sebagai kumpulan sasaran adalah selaras dengan objektif program untuk membentuk generasi yang lebih prihatin dan berdisiplin. Kerjasama semua pihak termasuk sektor swasta amat dihargai dalam menjayakan kempen ini,” katanya.

Antara reruai pameran oleh agensi yang terlibat.

Pelbagai aktiviti dan pameran keselamatan diadakan melibatkan agensi antaranya Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Pejabat Kesihatan Daerah serta Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Hibiscus Petroleum Oil & Gas Malaysia Limited Dr Pascal Hos yang menyatakan komitmen pihak swasta dalam membantu usaha meningkatkan kesedaran keselamatan di sekolah.

Kempen tersebut dilihat sebagai platform penting memperkukuh pengetahuan dan kesiapsiagaan pelajar menghadapi situasi kecemasan serta cabaran keselamatan masa kini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda