Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

72 Penerima PSKT Ban Sungai Air Hujan, Sungai Betul Panjatkan Rasa Syukur

By 14 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Marshita Othman (Kerian)

PARIT BUNTAR, 22 Jun (MalaysiaAktif) – Satu majlis penyampaian hakmilik bagi 72 penerima Penyusunan Semula Kampung Tradisional (PSKT) Ban Sungai Air Hujan dan Sungai Betul telah dijalankan di Dewan Merdeka, di sini kelmarin.

Antara penerima geran.

Menurut Pegawai Daerah Kerian Saidi Shaari, PSKT yang terletak di Mukim Bagan Tiang dalam Kawasan Simpanan Melayu telah melibatkan sebanyak 3.949 hektar bagi PSKT Ban Sungai Air HUjan manakala PSKT Sungai Betul pula seluas 4.9751 hektar.

“Semoga penyerahan ini dapat menyelesaikan isu pemberimilikan di kawasan tersebut.

“Diharapkan jua semua penerima yang telah memohon tanah ini setelah sekian lama dapat memastikan premium dan cukai tanah dibayar setiap tahun tanpa gagal sebelum 31 Mei setiap tahun semasa bagi mengelakkan denda dan tindakan penguatkuasaan mengikut Kanun Tanah Negara (Akta 828),” ujarnya.

Sesi penyerahan geran hak milik kepada penerima.

Penerima geran tanah Siti Fatimah Awi, 65, mengucapkan rasa syukur segala penantian ini telah selesai dan semoga dapat ditingalkan pada generasi akan datang apabila beliau sudah tiada nanti.

Majlis telah dirasmikan oleh Datuk Seri Saarani Mohamad Menteri Besar Perak.

Turut hadir Orang Kaya-kaya Shahbandar Paduka Indera Datuk Ahmad Raziff Datuk Seri Mohammed Zulkifli dan Senator Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa.

-ZS-

Tinggalkan komen anda