
Laporan/foto: Zaidy Salim (Putrajaya)/Facebook Fahmi Fadzil
PUTRAJAYA, 5 Jun (MalaysiaAktif) – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat menjayakan Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa (LIMA 2025) dan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China.
Penghargaan itu disampaikan oleh jurucakap Menteri Komunikasi dan Jurucakap Kerajaan MADANI di Sidang Media Mingguan Kabinet, di sini sebentar tadi.
“Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini telah menyaksikan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merakamkan ucapan penghargaan, terutama terhadap semua staf, semua pasukan yang telah terlibat dalam penganjuran samaada LIMA di Langkawi pada hujung bulan Mei yang lalu ataupun Sidang Kemuncak ASEAN, GCC dan China.
“Ini merupakan acara yang cukup bersejarah dan rata-rata Ketua-Ketua Negara dan Ketua-Ketua Kerajaan telah menyatakan bahawa mereka sangat gembira dengan apa yang telah disediakan oleh pihak Malaysia sebagai tuan rumah.” katanya.
Pada sidang media kali ini Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali turut hadir memberikan penjelasan berkaitan Mesyuarat Jemaah Menteri yang memperakukan supaya sepanjang tempoh operasi gas memasak dan juga sehinggalah dimuktamadkan pindahkan kepada peraturan-peraturan kawalan bekalan tersebut dua perkara.
“Pertama, tidak ada sebarang tindakan undang-undang diambil terhadap perniagaan jualan dan makanan berskala mikro dan kecil berkaitan penggunaan silinder gas petroleum cecair (LPG) bagi keperluan premis perniagaan masing-masing.
“Yang kedua adalah para perniaga mikro dan sederhana jualan dan makanan ini juga dibenarkan untuk menggunakan tong LPG bersubsidi tanpa permit barang kawalan berjadual,” katanya.
-ZS-