Skip to main content
Berita TempatanBerita Sabah & LabuanLabuan

Atlet UMSKAL Diminta Pamer Semangat Juang Dalam SUIPTS Sabah

By 16 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan) / UMSKAL

LABUAN, 11 Jun (MalaysiaAktif) – Atlet-atlet Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) diminta mempamerkan semangat juang tinggi dalam Kejohanan Sukan Institusi Pendidikan Tinggi Sabah (SUIPTS) Kali ke-4 2025 di Kompleks Sukan UMS, Kota Kinabalu pada 12 hingga 15 Jun ini.

Profesor Ts. Dr. Shamsul Bahari (tengah) menyerahkan bendera UMSKAL kepada atlet yang bakal bertanding di SUIPTS Sabah.

Menurut Pengarah UMSKAL, Profesor Technologists (Ts). Dr. Shamsul Bahari Shamsudin atlet diseru menunjukkan semangat juang yang tinggi sekali gus memberikan saingan sengit kepada pasukan lain.

“Oleh kerana pemergian mereka ke Kota Kinabalu adalah untuk bertanding, pasukan UMSKAL perlu memenangi setiap acara yang disertai.

“Jaga nama baik UMSKAL dan keluarga. Ini ruang dan peluang terbaik UMSKAL bergelar juara setiap acara yang disertai,” katanya ketika ditemui media pada Majlis Amanat dan Penyerahan Bendera Kontinjen di UMSKAL, di sini semalam.

Para atlet e-sukan beramah mesra bersama Pengarah UMSKAL.

Tambah beliau, nama atlet dan UMSKAL akan terus dikenang hanya menerusi gelaran juara.

Seramai 60 orang atlet UMSKAL akan mengambil bahagian dalam tujuh acara sukan iaitu bola tampar, bola jaring, bola sepak, badminton, catur, e-sukan dan petanque pada kejohanan yang turut disertai 19 pasukan institut pengajian tinggi di Sabah.

Turut hadir Ketua Sektor Sukan dan Rekreasi UMSKAL Rozeyatie Ibrahim.

-ZS-

Tinggalkan komen anda