
Laporan/foto: Haniff Tukija/Mohd Hafiz Mat Nor (Sabak Bernam)
SEKINCHAN, 14 Jun (MalaysiaAktif) – Kenderaan Serba Rupa Bumi atau ATV bakal menjadi tarikan terbaru pelancong yang datang ke Pantai Redang, di sini.

Suee Lim melancarkan Sewaan ATV SejaTi Madani JPKK Parit 7 Baroh.
Projek menerusi dana SejaTi MADANI itu diusahakan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Parit 7, Baroh.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan Datuk Ng Suee Lim, berkata beliau menyokong sebarang usaha penduduk setempat untuk menambah pendapatan.
“Ini adalah inisiatif yang terbaik pihak JPKK menggunakan bantuan kerajaan untuk meningkatkan ekonomi setempat.

Majlis Pelancaran SejaTi MADANI Sewaan ATV JPKK Parit 7 Baroh.
“Secara tidak langsung dapat menaikkan industri pelancongan di Sekinchan seiring dengan Tahun Melawat Selangor 2025,” katanya yang ditemui selepas pelancaran Sewaan ATV SejaTi Madani JPKK Parit 7 Baroh, di sini semalam.
Suee Lim yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Selangor juga berharap usaha sebegini dapat dicontohi rakyat Sekinchan yang lain.
-ZS-