
Laporan/foto: M Zakry Chan/Muhaimin Amran
AYER KEROH, 10 Jun (MalaysiaAktif) – Majlis Peluncuran Bank Muamalat Cawangan Melaka telah diadakan di Melaka International Bowling Centre (MIBC), di sini semalam.

Ucapan perasmian oleh Ketua Menteri Melaka.
Bank Muamalat komited memperluas jaringan perkhidmatan perbankan Islam di negeri Melaka, langkah strategik ini akan membuka lebih banyak peluang kepada rakyat untuk mengakses sistem kewangan patuh syariah yang inklusif dan progresif.
Menurut Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, pembukaan cawangan baharu ini bukan sekadar perluasan fizikal, tetapi merupakan satu simbol harapan kepada rakyat Melaka ke arah membina kekuatan ekonomi menerusi instrumen kewangan Islam yang telus, bebas riba dan beretika.

Sekitar majlis peluncuran program tersebut yang disempurna oleh Ketua Menteri Melaka.
“Bank Muamalat kekal konsisten sebagai antara institusi kewangan Islam terunggul di negara ini, menawarkan pelbagai produk kewangan yang mematuhi prinsip syariah dan memenuhi keperluan pelbagai segmen pelanggan.
“Saya lihat, Bank Muamalat telah menerima pelbagai anugerah berprestij seperti Bank Islam Transformasi Digital Terpantas dan Anugerah Kecemerlangan Perbankan Islam ASEAN 2024,” katanya.
Katanya lagi, pencapaian itu membuktikan bahawa Bank Muamalat bukan sahaja relevan, malah mendahului perubahan dan inovasi dalam sektor Perbankan Islam.
-ZS-