Skip to main content
Berita TempatanBerita Sabah & LabuanLabuan

Boling Padang Rapatkan Hubungan Media dan JBS

By 14 jam yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)

LABUAN, 15 Jun (MalaysiaAktif) – Perlawanan Persahabatan boling padang merapatkan hubungan antara pengamal media dengan Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Labuan.

Pasukan media dan JBS bergambar kenangan.

Menurut Pengerusi Persatuan Penggiat Media Labuan, Jainudin Djimin aktiviti itu dilaksanakan bagi menyuburkan lagi hubungan baik dengan pelbagai pihak yang berkepentingan melalui aktiviti yang sihat.

“Persatuan kami memang sentiasa menjalankan pelbagai program yang bermanfaat khasnya bagi merapatkan hubungan sesama ahli dan agensi-agensi kerajaan, swasta serta pertubuhan bukan kerajaan.

Jainudin (berdiri dua dari kanan) membarisi pasukan media untuk kategori fours campuran.

“Program sebegini juga menggalakkan para ahli persatuan untuk sentiasa aktif dengan kegiatan yang menyihatkan mental dan fizikal memandangkan bidang tugas media yang perlu menjalankan tugas dalam pelbagai keadaan,” katanya ketika ditemui pada perlawanan persahabatan itu, di sini kelmarin.

Pada perlawanan persahabatan itu pasukan media menang selesa 10-0 ke atas pasukan JBS Labuan untuk kategori fours campuran manakala acara triples campuran menyaksikan JBS menang tipis 5-4 ke atas pasukan media.

Hadir sama Pengarah JBS Labuan, Mahanum Fauzi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda