Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Chairobic Pilihan Komuniti Taman Tun Dr. Ismail

By 4 Jun 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Wan Muhammad Afiq Wan Mokhtar/Naqiah Abdul Malik

KUALA LUMPUR, 4 Jun (MalaysiaAktif) – Chairobic atau senaman menggunakan kerusi merupakan salah satu senaman yang menjadi pilihan alternatif bagi golongan yang mempunyai mobiliti terhad dan sukar untuk mengekalkan keseimbangan postur badan yang baik khususnya dalam kalangan warga emas.

50 orang peserta yang menyertai aktiviti chairobic di Dewan MPP, Taman Tun Dr. Ismail

“Memandangkan sambutan dan penyertaan yang amat menggalakkan daripada kalangan komuniti setempat untuk menyertai senaman chairobic, Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Subzon 2, Taman Tun Dr. Ismail dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) telah bersetuju untuk menjadikan senaman ini sebagai aktiviti mingguan komuniti di sini dan dianjurkan secara percuma,” ujar Liza Leong Lai Yee, salah seorang daripada 50 orang peserta yang menyertai aktiviti tersebut di Dewan MPP, Taman Tun Dr. Ismail, di sini kelmarin.

Tambahnya lagi, pihak penganjur terpaksa membuka pendaftaran secara dalam talian seminggu lebih awal bagi mengelakkan kesesakan peserta berikutan permintaan penyertaan secara jumpa terus  tidak dapat dipenuhi susulan aktiviti senaman ini memerlukan ruangan luas untuk penjarakan fizikal dan keselesaan peserta.

Edaran risalah kepada peserta yang hadir.

Menurut Ketua Komuniti MADANI Taman Tun Dr. Ismail Farhan Abdul Rahman, aktiviti riadah sebegini bukan sahaja dapat menyihatkan tubuh badan individu tetapi ianya secara tidak langsung dapat merapatkan hubungan ahli Komuniti MADANI bersama masyarakat setempat termasuk mendalami permasalahan penduduk setempat.

“Ia dapat menyampaikan informasi terkini mengenai kepelbagaian inisiatif terbaharu daripada Kerajaan untuk pengetahuan umum,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda