
Laporan/foto: Syaiful Harif Adnan
KUALA LUMPUR, 15 Jun (MalaysiaAktif) – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melancarkan Program Dialog Bandar Raya 2025 edisi pertama di Kompleks Sukan Bandar Tun Razak dirasmikan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Dato’ Seri TPr (Dr.) Maimunah Mohd Sharif, hari ini.

Perasmian oleh Dato’ Seri TPr (Dr.) Maimunah Mohd Sharif, Datuk Bandar Kuala Lumpur bersama Datuk Azman Abidin, Supol Perdana Menteri
Program ini diteruskan selepas kejayaan 11 siri Temu@DBKL pada 2024, dengan pendekatan lebih fokus menerusi konsep Management by Walking Around.
Ia akan dijalankan di semua 11 parlimen Kuala Lumpur mulai Jun hingga November 2025.

Sesi bergambar bersama pemimpin masyarakat Parlimen Bandar Tun Razak
Sesi townhall menjadi tumpuan utama dalam memberi peluang penduduk berinteraksi secara terus dengan pihak DBKL, wakil rakyat dan agensi kerajaan.
Turut dianjurkan ialah pameran inisiatif DBKL, Kaunter Adu@KL serta cabutan bertuah bagi pengunjung.
Program ini menyasarkan penglibatan orang awam, NGO dan komuniti setempat dalam usaha menjadikan Kuala Lumpur sebagai sebuah bandar raya sejahtera dan inklusif.
Dalam ucapan Dato’ Seri TPr (Dr.) Maimunah Mohd Sharif, Datuk Bandar Kuala Lumpur, berkata dialog Bandar Raya akan dilaksanakan di kesemua 11 kawasan Parlimen secara berperingkat sepanjang tahun ini.
“Sesi ini bukan hanya simbolik, ia adalah komitmen berterusan untuk mendekatkan DBKL dengan komuniti, memperkukuh penyampaian perkhidmatan, serta mengurus isu-isu secara tuntas dan menyeluruh. Isu-isu setempat tidak boleh diselesaikan dari bilik pejabat ia memerlukan kehadiran fizikal, kefahaman sebenar, dan kerjasama kolektif,” ujar beliau.
Turut hadir sama, Datuk Azman Haji Abidin, Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri.