
Laporan/foto: Zayana Isa (Pahang)/Fasilitator Diaspora
MARAN, 1 Jun (MalaysiaAktif) – Program Transformasi Mahasiswa ke Luar Negara (Diaspora Malaysia) memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai ilmu kenegaraan.

Para pelajar sedang menyiapkan tugasan berkumpulan.
Menurut salah seorang fasilitator program, Nasrul Isyam Abdul Hamid, 47, kursus ini berlangsung selama enam hari yang berakhir 30 Mei lalu melibatkan seramai 98 orang pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang akan melanjutkan pengajian ke United Kingdom, China dan India.

Para pelajar ini juga merupakan duta kecil Malaysia ke luar negara.
“Diharapkan para pelajar memperoleh manfaat melalui kursus ini dan diharapkan mereka membawa pulang segulung ijazah “ katanya ketika dihubungi Malaysia Aktif, kelmarin.
Nasrul turut menambah para pelajar ini juga merupakan duta kecil Malaysia sewaktu mereka menuntut ilmu di negara luar.
Selain diberi pendedahan mengenai ilmu kenegaraan, kursus yang dianjurkan Akademi Kenegaraan Malaysia ini juga melibatkan aktiviti rekreasi luar seperti kembara hutan dan perkhemahan.
-ZS-