Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Durian Balik Pulau Hasil Tani Istimewa di Jualan Agro Madani

By 2 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

BANDAR BARU SELAYANG, 25 Jun (MalaysiaAktif) – Sebanyak lima tan ‘Durian Balik Pulau’ habis dijual dalam Program Jualan Agro Madani yang diadakan di Ibu Pejabat Lembaga Pemasaran dan Pertanian Persekutuan (FAMA), di sini hari ini.

Pengerusi FAMA, Aminuddin Zulkipli, berkata pihaknya berkolaborasi dengan kerajaan Pulau Pinang dalam menjayakan program tersebut.

Pengunjung Jualan Agro Madani menyerbu gerai durian dari Pulau Pinang.

“Sebanyak 48 lot jualan disediakan melibatkan seramai 31 usahawan dari Pulau Pinang dengan sasaran pengunjung lebih 2,000 orang, namun yang hadir melebih angka tersebut.

“FAMA Selayang menjadi lokasi tetap untuk jualan pada minggu akhir setiap bulan dan saiz serta kekerapan akan dipertingkatkan, mungkin pada akhir tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Jualan Agromadani Edisi Jelajah Pulau Pinang yang disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Pembangunan Usahawan dan Luar Bandar Pulau Pinang Datuk Rashidi Zinol.

Sementara itu, Rashidi, berkata durian dan cempedak dari Pulau Pinang menjadi tarikan utama jualan Agro Madani di Selayang apabila menerima tempahan yang tinggi.

“Selain itu produk yang dibawa lebih tertumpu kepada makanan, dibawa terus daripada pengeluar.

(Kiri) Rashidi melihat hasil laut yang dijual kepada pengunjung Jualan Agro Madani di FAMA Bandar Baru Selayang.

“Kami merancang untuk mewujudkan kumpulan pemasaran yang berfungsi membawa produk-produk Pulau Pinang ke Sabah dan Sarawak,” jelasnya.

Program Jualan Agro Madani berkonsepkan jualan pelbagai komoditi pada harga yang berpatutan dan lebih pilihan kepada pengguna dengan potongan harga 10 hingga 30 peratus.

Antara produk yang ditawarkan seperti sayur, buah, ayam, ikan serta daging selain produk kawalan seperti minyak, tepung dan beras.

-ZS-

Tinggalkan komen anda