Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Durian Gred Premium Tarikan Utama Peminat Raja Buah

By 5 jam yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zulkarnain Rodzi (Kota Setar)

ALOR SETAR, 1 Jun (MalaysiaAktif) – Sepanjang minggu ini, Gerai Duri-Duri Durian Alor Setar di Jalan Kilang Tebu terus mendapat sambutan daripada penggemar raja buah.

Durian siap dikupas menjadi pilihan penggemar.

Gerai yang diusahakan oleh Tan Kah Ban beroperasi setiap hari dari pukul 11.00 pagi hingga 9.00 malam ini mencapai jualan harian mencecah 300 biji sehari dengan pelbagai jenis durian gred premium termasuk duri hitam dan musang king.

“Saya hanya jual durian yang berkualiti tinggi sahaja supaya pelanggan saya berpuas hati.

“Untuk memudahkan pelanggan, saya juga menjual durian yang siap dikupas dan diletakkan dalam bekas simpanan,” katanya ketika ditemu bual, di sini semalam.

Menurutnya, isi durian musang king dijual pada harga RM150 sekilogram.

Salah seorang pelanggan Rizal Sazali, 41, berpuas hati dengan mutu durian yang dijual.

“Saya akan datang membeli durian setiap dua atau tiga hari sekali,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda