Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Fahmi Mahu Komuniti MADANI menjadi Medan Sebar Maklumat Sahih

By 3 jam yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fatin Nabila Muktar/Bashsyar Abdullah (Kedah)

ALOR SETAR, 11 Jun (MalaysiaAktif) – Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berharap Komuniti MADANI berperanan sebagai agen menyampaikan maklumat sahih kepada masyarakat.

Sesi soal jawab bersama Menteri Komunikasi dan Komuniti Madani.

“Ssaya berharap Komuniti MADANI seharusnya menjadi medan untuk menyampaikan maklumat yang sahih dan tepat mengenai sesuatu isu yang timbul di platform media sosial.

“Kita akan minta Jabatan Penerangan untuk kumpul maklumat kepada mereka untuk disampaikan kepada komuniti masing-masing media,” katanya.

Fahmi, berkata demikain ketika menyantuni lebih 90 Ahli Komuniti MADANI Negeri Kedah dan Perlis sempena Program Akademi Asas Penerangan (ASAS) Zon Utara A anjuran Jabatan Penerangan di sebuah hotel, di sini semalam.

Ketibaan Fahmi diiringi Julina Johan.

Katanya lagi, ASAS merupakan antara insiatif bagi memperkasakan Komuniti MADANI bagi menangkis segala isu dan sebaran berita palsu yang berlaku sekarang ini sekali gus dapat memberikan maklumat yang tepat diperingkat akar umbi.

“Bagi satu-satu isu yang timbul, biasanya penyampaian maklumat yang ringkas dalam bentuk format dan cara sesuai dengan sesuatu komuniti supaya ia lebih berkesan,” katanya.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Julina Johan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda