Skip to main content
JohorBerita SelatanBerita Tempatan

Galas Tanggungjawab Sebagai Pemimpin dengan Ikhlas, Jujur dan Amanah

By 8 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Rafezan Shawal (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 14 Jun (MalaysiaAktif) – Ketua kampung dan ketua masyarakat berperanan penting dalam memastikan kebajikan serta kesejahteraan penduduk setempat terpelihara, terutamanya dalam urus tadbir di peringkat daerah.

Masni, berkata ketua kampung dan ketua masyarakat harus menyokong kepimpinan semasa kerajaan bagi memastikan pelbagai inisiatif dan pentadbiran kerajaan dapat berjalan dengan mudah dan lancar.

Pegawai Daerah Johor Bahru Masni Wakiman, berkata peranan pemimpin akar umbi kini semakin mencabar apabila berhadapan pelbagai isu setempat dan musibah yang memerlukan tindakan segera dan berkesan.

“Ketua kampung dan ketua masyarakat perlu memperkukuhkan jaringan hubungan dengan Kerajaan Negeri dan Persekutuan sebagai penghubung utama bagi memastikan segala permasalahan di kawasan masing-masing dapat ditangani secara cepat dan mengikut prosedur ditetapkan,” katanya ketika berucap pada Majlis Ikrar dan Penyerahan Watikah Ketua Kampung dan Ketua Masyarakat Daerah Johor Bahru bertempat di Dewan Hassan Abdullah, di sini semalam.

Tambahnya, penguasaan teknologi komunikasi, khususnya media sosial, amat penting dalam era digital kini bagi mempercepatkan penyampaian maklumat dan aduan daripada masyarakat kepada pihak berwajib.

Masni bersama barisan ketua-ketua kampung daerah Johor Bahru yang baru dilantik.

“Saya menyeru kepada semua ketua kampung dan ketua masyarakat agar mahir dalam penggunaan aplikasi media sosial seperti WhatsApp.

“Ia bukan sahaja dapat membantu mempercepatkan penyebaran maklumat, tetapi juga sebagai platform interaksi mesra dengan masyarakat setempat,” katanya.

Turut hadir Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) Farhana Abd Majid dan Penghulu Tertinggi Nazri Kasimen.

-ZS-

Tinggalkan komen anda