Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Hari Penderma Darah Sedunia: Seruan Global untuk Selamatkan Nyawa

By 15 Jun 2025Jun 16th, 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Azrul Hafiz/Rahimah Rafiai

KUALA LUMPUR, 14 Jun (MalaysiaAktif) – Majlis Apresiasi Penderma Darah Sedunia Peringkat Kebangsaan 2025 dan Sambutan Jubli Perak Pusat Darah Negara yang diadakan di Dewan Perdana Felda telah dihadiri 800 orang penderma darah dari seluruh negara, semalam.

Menteri Kesihatan menyempurnakan gimik perasmian Majlis Apresiasi Penderma Darah Sedunia Peringkat Kebangsaan 2025 dan Sambutan Jubli Perak Pusat Darah Negara

Hari Penderma Darah Sedunia disambut pada 14 Jun setiap tahun mengikut pewartaan yang telah dibuat oleh World Health Organisation (WHO) untuk menghargai penderma darah sukarela tanpa bayaran dan sumbangan mereka menyelamatkan nyawa.

Sambutan ini turut menekankan keperluan berterusan pendermaan darah bagi memastikan bekalan yang berkualiti, selamat dan tersedia untuk pesakit.

Pameran sempena Sambutan Jubli Perak Pusat Darah Negara

Ia juga menyeru kerajaan dan pihak berkuasa kesihatan untuk menyediakan sumber yang mencukupi bagi program pendermaan darah kebangsaan.

Menurut Dr Azman Yacob, Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia, darah merupakan pemberian Allah SWT dan ia tidak mampu dicipta oleh manusia.

“Dengan slogan Derma Darah, Beri Harapan: Bersama Kita Selamatkan Nyawa, kempen tahun ini menonjolkan impak besar penderma darah.

Menurut Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan, pada tahun 2024 sebanyak 800,000 beg darah dikumpulkan dan jumlah ini menunjukkan peningkatan sebanyak 4% berbanding tahun sebelumnya.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad dan beliau turut menyampaikan penghargaan kepada penderma darah yang setia menderma darah di Pusat Darah Negara.

-AA-

Tinggalkan komen anda