Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Ibadah Korban Hidupkan Kembali Tradisi Masyarakat Setempat

By 15 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Suzira Zainol Abidin/Muhammad Abdul Hadi (Kuala Kangsar)

KUALA KANGSAR, 10 Jun (MalaysiaAktif) – Program Korban Perdana dan Kenduri Rakyat Peringkat Parlimen Padang Rengas di Arena Masjid Chuar, Kati di sini semalam menjadi medium terbaik bagi menghidupkan dan menyegarkan semula amalan tradisi masyarakat setempat.

Penyerahan daging korban kepada wakil penduduk untuk diedarkan kepada asnaf.

Menurut Setiausaha Politik Menteri Kewangan Muhammad Kamil Abdul Munim, program sebegini dapat mengerat ukhuwah dan silaturahim melalui kerjasama yang ditunjukkan oleh penduduk untuk melaksanakan ibadah korban seterusnya menyumbang tenaga dan kepakaran mereka dalam menjayakan kenduri rakyat.

“Kita juga akan menggerakkan wakil penduduk untuk mengagihkan daging korban ke kawasan kampung-kampung kerana menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan orang lain yang kurang bernasib baik mendapat perhatian sewajarnya.

“Tugas ini bukan saja terletak pada kepimpinan malah tugas kita sebagai hamba Allah SWT,” ujarnya ketika berucap.

Gotong-royong memasak.

Sementara itu, penduduk Nur Syazziera Mohd Saharuddin, 31, dari Liman Kati, berkongsi perasaan gembira kerana dapat bersama-sama merasai kemeriahan sambutan program.

“Inilah masanya dapat berkumpul dengan kenalan dari kampung-kampung seluruh kawasan Padang Rengas dan nyata program ini berjaya menyatukan penduduk dalam sama-sama manghayati ibadah korban,” katanya.

Turut hadir Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Heisham Harun.

-ZS-

Tinggalkan komen anda