Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

Ibadah Korban Surau Al-Hidayah Eratkan Ukhuwah

By 10 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Safik Effendi Kassim (Sarawak)

KUCHING, 10 JUN (MalaysiaAktif) – Enam taman perumahan berdekatan Surau Al-Hidayah Taman Sejoli/Murni di sini telah bersama-sama mengadakan ibadah korban, kelmarin.

Penduduk enam taman perumahan bersama-sama melapah daging lembu korban.

Majlis Ibadah Korban Surau Al-Hidayah sempena Hari Raya Aidiladha mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk setempat di samping mengeratkan ukhuwah dalam kalangan komuniti muslim.

Majlis yang diadakan kelmarin di perkarangan surau merupakan anjuran Surau Al-Hidayah Taman Sejoli/Murni bersama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Taman Sejoli, Taman Murni, Taman Long Seng, Taman Peaceful, Taman Muhibah dan Taman Heritage.

Ketua Kaum Taman Sejoli/Murni, Andi Sajili, 66, berkata majlis ini merupakan acara rasmi tahunan Surau Al-Hidayah.

Andi Sajili, berkata ibadah korban dapat mengeratkan ukhuwah.

“Alhamdulillah, ibadah korban sempena Aidiladha ini dapat mengeratkan ukhuwah dalam kalangan penduduk enam taman disini dan pada tahun ini kita buat korban empat ekor lembu sumbangan penduduk di enam taman di sini manakala seekor lembu pula adalah sumbangan Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Fadillah Yusof.

“Daging korban pada hari ini akan kita agihkan kepada golongan asnaf yang terplilih serta kepada penduduk-penduduk di enam taman ini,” ujarnya.

Majlis turut diserikan dengan jamuan makan tengah hari dan penyampaian daging korban secara berperingkat kepada penerima.

-ZS-

Tinggalkan komen anda